(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Minuman berkultur dan berperisa seperti coklat tidak salah
diambil kanak-kanak tetapi perlu dihadkan hanya satu hingga dua kotak
sehari.
Pakar Nutrisi Hospital Pakar KPJ Kajang, Nur Baidurah Bazid berkata,
ibu bapa perlu bijak memainkan peranan supaya minuman itu tidak menjadi
keutamaan bagi anak-anak dan terus mengambil tempat makanan utama
seperti nasi.
"Kanak-kanak sememangnya gemarkan minuman coklat dan berkultur, tidak
salah tapi kuantiti itu mesti normal, satu hingga dua kotak sehari sudah
cukup, dan seelok-eloknya elak diberi sewaktu, atau semasa atau
berdekatan waktu makan.
"Ini salah satu 'trick meal' kepada kanak-kanak," katanya ketika menjadi panel FB Live Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, jika tidak dikawal tentunya perkara itu memberi kesan kepada kesihatan dan tubuh badan anak-anak tersebut.
"Satu kotak minuman coklat atau berperisa mengandungi 200 kalori hingga 300 kalori.
"Jika diambil melebihi kadar sepatutnya akan timbul kalori yang tidak
diperlukan, berkemungkinan besar menyebabkan kegemukan. Kita tidak
memerlukan kalori berlebihan," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa
Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yang juga panel pada sesi itu,
turut setuju kanak-kanak yang tidak makan nasi boleh mengambil bijirin
sebagai alternatif.
Menurutnya, alternatif nasi digantikan dengan bijirin bukan perkara baharu, bahkan berlaku 20 tahun lalu.
"Ditambah pula adanya iklan, maka lebih ramai rakyat terdedah dengan bijirin.
"Jadi disebabkan beberapa faktor yang ada, kami buat kajian sama ada
hijrah orang ramai daripada nasi kepada bijirin, beri mudarat kepada
kanak-kanak ataupun dewasa pada masa pada akan datang," katanya.
Beliau berkata, daripada kajian dibuat, persoalan utama dibangkitkan
dalam isu bijirin adalah tidak ada kawalan mana-mana pihak
"Kita nampak 'free market', terpulang kepada syarikat masing-masing
macam mana nak promosi supaya boleh tarik pelanggan lebih ramai termasuk
kanak-kanak.
"Apabila tiada kawalan, tidak ada orang boleh mengesahkan dalam soal
penggunaan warna, dan kandungan, saya cadangkan Kementerian Kesihatan
ambil tahu hal ini, dan kerap buat pemeriksaan, barulah kita dapat kawal
bukan sahaja dari sudut nutrisinya, bahkan kebersihan, status halal,
dan sifat lain-lain," katanya.
No comments:
Post a Comment