GEORGE
TOWN: Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mengkritik Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang bijirin “quinoa” yang dikatakan
23 kali lebih mahal berbanding beras.
Beliau berkata Najib memakan “quinoa”, sejenis bijirin dari
pergunungan Andes di Peru, Amerika Selatan, ketika kebanyakan isi rumah
sedang bergelut meneruskan kehidupan.
Lim berkata berseloroh mengatakan pilihan raya umum ke-14 nanti akan
menyaksikan pertarungan “quinoa lawan beras”, “bersih lawan
kleptrokrasi” dan “Najib lawan rakyat”.
“Saya tidak pernah dengar tentang ‘quinoa’, apatah lagi kewujudannya,
sehingga sesi siaran langsung tentang Bajet 2018 oleh Najib baru-baru
ini.
“Saya percaya semua kedai organik berterima kasih kepada Najib kerana
mempromosikan ‘quinoa’,” kata Lim kepada pemberita di ibu pejabat DAP
Pulau Pinang hari ini.
Dalam sesi soal jawab mengenai belanjawan negara 2018 di Universiti
Kebangsaan Malaysia semalam, Najib berkata beliau tidak makan beras
tetapi “quinoa” yang diperkenalkan anaknya.
Beliau berkata bijirin itu lebih baik daripada beras kerana tinggi protein dan rendah gula dan karbohidrat.
Menurut Lim, harga 250g pek “quinoa” organik di Tesco adalah RM14.80.
“Ini bermakna 10kg (quinoa) akan menelan kos RM591.60. Bagaimanapun,
pek 10kg Jasmine Super Special (5% beras hancur) berharga RM25.85.
“Dengan kata lain, quinoa yang Najib makan kira-kira 23 kali lebih mahal daripada beras yang dimakan 30 juta rakyat.”
Lim berkata Najib perlu memberi perhatian kepada kata-kata Pengarah
Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin, yang baru-baru ini mengatakan rakyat
tidak mempunyai wang untuk membeli barangan kepada harga barang
keperluan meningkat dengan ketara.
“Sementara itu, dia (Najib) mempromosi makan ‘quinoa’ dan bukan
beras, lalu membezakan dirinya dengan rakyat biasa, sama ada golongan
kelas atasan 20% (T20), 40% pertengahan (M40) atau bawahan 40% (B40),
meletakkan dirinya sebagai golongan paling atas 2% (Super T2).
“Najib perlu memberi perhatian lebih kepada pandangan Ameer baru-baru
ini…mungkin pertumbuhan ekonomi negara dilihat kukuh tetapi pengguna
nampaknya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli barangan.
“Barangkali Najib perlu mula mengedarkan ‘quinoa’ semasa kempen pilihan raya.” FMT
No comments:
Post a Comment