Wednesday, February 14, 2018

Itu bukan video seks saya: Chong Wei

Chong Wei
Lee Chong Wei kecewa apabila dikaitkan dengan satu video seks membabitkannya yang kini tular di media sosial.
(Ubah saiz teks)
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan bahawa beliau terlibat dengan satu rakaman video seks bersama seorang wanita yang sedang menjadi tular di laman sosial.

Chong Wei berkata, beliau kecewa dengan taktik kotor pihak tertentu yang dilihat mahu merosakkan kariernya.
“Itu bukan saya dan tuduhan ini sangat tidak masuk akal. Kamu sendiri boleh lihat video itu dan sekali pandang kamu boleh tahu itu bukan saya.

"Ramai orang menghubungi saya bertanyakan mengenai perkara ini tetapi saya hanya ketawa. Namun, saya membuat laporan polis mengenai perkara ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, kata Chong Wei.

Tambah Chong Wei , walaupun beliau sudah lali sering menjadi mangsa tuduhan seperti ini, namun kali ini sangat keterlaluan.
“Sentiasa akan ada orang yang tidak gembira dengan kejayaan kita dan ini adalah contoh macam mana mereka cuba melakukan sesuatu untuk menjatuhkan awak.

“Saya tidak begitu kisah tentang perkara seperti ini tetapi ada kalanya ia sudah keterlaluan,” katanya.

1 comment: