Ahli majlis pimpinan tertinggi dan setiausaha agung PH berkata
kakitangan awam berhak memilih berdasarkan naluri masing-masing.
kakitangan awam berhak memilih berdasarkan naluri masing-masing.
GEORGE TOWN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) memberi amaran berkenaan
perbuatan melayan kakitangan awam seperti “keldai” menjelang pilihan
raya umum ke-14 (PRU14), mengatakan mereka juga berhak memilih siapa
mereka mahukan sebagai kerajaan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail, berkata kakitangan
awam adalah tulang belakang kerajaan dan mereka tidak terhutang budi
kepada mana-mana parti.
“Kerajaan bukan Barisan Nasional (BN). Kebetulan BN adalah kerajaan sekarang.
“Kakitangan awam adalah pengundi, dan taktik menakut-nakutkan dengan
memaksa mereka menyokong anda seolah-olah menjadikan mereka seperti
keldai. Mereka bukan keldai dan mereka berhak memilih,” katanya kepada
FMT.
Tariq diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman, yang dilaporkan berkata kakitangan
awam harus melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli perkhidmatan awam
dengan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan berdasarkan prinsip
ikrar taat setia dan integriti dilafaz semasa mennyertai perkhidmatan
awam.
Kata Zainal, “Aku Janji” tersebut berperanan sebagai peringatan
kepada sektor perkhidmatan awam untuk sentiasa sedar, mereka harus kekal
setia kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan negara sebagaimana
digariskan bawah Peraturan 4(1) Peraturan Pegawai Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.
Tariq berkata jika PH memenangi PRU14, kakitangan awam masih akan
mengekalkan pekerjaan, gaji, dan fadah mereka tanpa mengira parti apa
disokong.
Asalkan mereka tidak pernah lakukan jenayah dan tidak korup, pekerjaan mereka selamat, tambahnya.
“Kepada kakitangan awam, saya meminta anda terus melakukan terbaik
untuk perkhidmatan awam dan negara dengan bersikap cermat. Saya minta
anda terus menjadi penjaga dana negara dan melindungi dana ini dengan
baik daripada penyalahgunaan, penipuan dan korupsi.
“Saya merayu anda menjalankan urus tadbir dan amalan pengurusan
kewangan terbaik sebagai cara melindungi bukan sahaja dana awam yang
diamanahkan, tetapi juga melindungi diri sendiri,” katanya.
Bekas ahli politik Umno yang kini setiausaha agung PH, Datuk
Saifuddin Abdullah, sementara itu menegaskan 2 premis asas iaitu
perkhidmatan awam berkhidmat untuk kerajaan semasa, dan kakitangan awam
berhak mengundi.
“Apabila mereka mengundi, mereka bebas mengundi berdasarkan naluri individu. Ini juga perkara asas.
“Beliau bercakap seperti pemimpin BN,” katanya, merujuk kepada Zainal.
“Ini adalah contoh perbuatan mempolitikkan perkhidmatan awam,”
katanya sambil menambah, PH menawarkan program transformasi sebenar
untuk perkhidmatan awam.
Zainal dilaporkan berkata kakitangan awam harus menghargai kerajaan
semasa atas pelbagai penambahbaikan yang disumbang kepada sektor
perkhidmatan awam.
Bernama dilaporkan berkata kerajaan bawah Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan pelbagai faedah seperti kenaikan gaj, kenaikan
pangkat, pelaksanaan cuti khas, cuti umrah, cuti bersalin dan bayaran
khas sebanyak RM1,500.
Katanya, Malaysia mempunyai perancangan dan dasar baik dan tidak pernah mengabaikan transformasi perkhidmatan awam.
No comments:
Post a Comment