MOSCOW - RUSIA. Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat suhu
rendah -5 darjah celcius selepas pengasuhnya lupa membawa masuk ke
dalam bangunan, semalam.
Dailymail mengatakan mayat Zakhra Rzayeva ditemui dibawah timbunan salji di luar kawasan tadikanya.
Pengasuh tersebut hanya teringat mengenai Zakhra dua jam selepas mangsa ditinggalkan di luar bangunan.
Kata polis, kes tersebut dianggap sebagai kes jenayah dan Jawatankuasa Siasatan Nasional Rusia sedang menyiasat kes tersebut
No comments:
Post a Comment