Semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka sama ada kepada media mahupun di media sosial
PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu menyeru pemimpin-pemimpin
Pakatan Harapan Selangor supaya tidak berkelahi isu pengagihan kerusi
pilihan raya secara di media.
Beliau berkata perbincangan rundingan kerusi seharusnya dibuat secara
dalaman bagi mencari jalan penyelesaian terbaik, dan meminta semua
pihak mengelak dari mengeluarkan kenyataan secara terbuka sama ada
kepada media mahupun di media sosial.
“Saya mengharapkan perbincangan di antara parti-parti dalam PH dibuat secara musyawarah dan tertutup.
“Saya yakin dan percaya, sikap sabar, saling hormat menghormati dan
penuh kebijaksanaan akan memudahkan proses untuk kita mencapai kejayaan
dalam mendepani musuh bersama kita. Musuh sebenar kita adalah Umno/BN,”
katanya dalam kenyataan media.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP
negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN
di Selangor seperti yang didakwa oleh Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri
Azmin Ali.
Azmin sebelum ini mendakwa 4 mesyuarat sudah diadakan untuk
menentukan 80% kerusi DUN di Selangor. Pengerusi Amanah Selangor Izham
Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya
menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang
membincangkan strategi untuk PRU14.
Reaksi Amanah dan DAP Selangor itu bagaimanapun menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar
dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin “mengesahkan”
mesyuarat membincangkan pengagihan kerusi DUN di Selangor sudah diadakan
No comments:
Post a Comment