Monday, February 12, 2018

Pekema gesa k'jaan campur tangan pengurusan baru Proton

  Malaysiakini 11/2/18

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan pusat campur tangan dalam pengurusan Proton di bawah Geely.

Gesaan itu dibuat kerena Pekema mendakwa beberapa dasar yang diperkenalkan oleh pengurusan baru itu boleh menjejaskan pengedar dan penjual bumiputera.
"Kita minta Proton dan kerajaan ambil tahu mengenai kepentingan agenda bumiputera yang tidak diendahkan lagi dan tidak menjadi keutamaan kepada pengurusan baru Proton.

"Kami lihat Proton telah lari daripada tujuan asal yang membawa kepada penubuhan Proton dulu. Apa yang kita risau, dalam Proton sendiri pun semuanya dikuasai oleh Geely," kata Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman dalam wawancara Mingguan Malaysia.

Geely merupakan syarikat milik China yang memperoleh 49.9 peratus saham Proton dalam usaha membangunkan semula syarikat automatif berkenaan.
Syarikat itu diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong sejak November lalu.

Antara isu yang dibangkitkan Zainuddin adalah araham pengurusan Proton agar penjual mengurangkan kos sebanyak 30 peratus.
"Tidak mustahil dalam lima hingga enam bulan ini, vendor-vendor bumiputera Proton pula yang akan ‘mati’, bisnes tutup tak boleh berniaga.

"Margin sedia ada pun tidak mampu menampung kos operasi inikan pula saya difahamkan mereka nak kurangkan lagi 30 peratus.
"Jadi sebelum wakil jualan dan vendor ini lebih ramai yang 'bungkus,' maka eloklah kerajaan berbuat sesuatu," katanya dipertik sebagai berkata.
image: https://i.malaysiakini.com/1215/b40648295f5826a986b6a857ee46fc4f.jpeg
Isu lain yang turut dibangkitkan Zainuddin adalah arahan Proton agar pusat jualan 1S (jualan saja) dinaik taraf menjadi pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti).

Jelas Zainuddin, kebanyakan pusat 1S dimiliki bumiputera yang tidak mampu menaik taraf ke 3S dan kemungkinan akan gigantikan oleh bukan bumiputera sepenuhnya.

Tambahan pula, kata Zainuddin, pengedar turut diminta mengurangkan margin jualan mereka dari empat peratus kepada tiga peratus.
Pengedar yang gagal membuat bayaran kepada Proton dalam tempoh 60 hari akan dihalang daripada beroperasi.

Zainuddin turut merungut berkenaan diskaun korporat yang diberikan Proton seperti yang diberikan kepada persatuan Hokkien.
"Pemberian diskaun khas sebanyak 10 peratus yang diberikan kepada persatuan Hokkien, kakitangan Petronas dan DRB-Hicom dan institusi kewangan (termasuk ahli keluarga terdekat) juga menjejaskan jualan kenderaan dalam kalangan wakil jualan.

"Ini kerana pembeli hanya boleh membeli daripada pengedar Proton sendiri bukan daripada wakil jualan. Jelas ini satu diskriminasi kepada wakil jualan kerana mereka tidak dapat memberi diskaun khas," katanya.

1 comment: