
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu bagi tempoh Januari
tahun lepas hingga Februari tahun ini, persidangan Dewan Negara
diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata, daripada jumlah tersebut, 80% daripadanya telah dipadam oleh
penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana
melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan
masing-masing.
Katanya, SKMM juga mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman
sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta
berita berunsur palsu.
“Sejak Januari 2017 hingga Februari 2018, sejumlah 45 kertas siasatan
telah dibuka oleh SKMM bagi kes berkenaan dengan penyebaran berita
palsu di pelbagai platform media sosial telah disiasat, dengan 4 kes
telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad mengenai
perancangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat
dan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini.
FMT
No comments:
Post a Comment