GORONTALO - INDONESIA. Kelahiran anak lembu yang didakwa menyerupai
manusia telah mencetuskan kekecohan penduduk di Gorontalo selepas ia
menjadi tular di media sejak semalam.
Orang ramai turut berpusu-pusu ke Desa Imana, Kecamatan Atinggola, Gorontalo Utara untuk melihat sendiri makhluk aneh itu.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Septiana berkata, anak
lembu itu dilahirkan pada Khamis lalu dan berita itu kemudiannya
bertukar kecoh kerana mendakwa ia mirip manusia.
"Kepalanya jelas menyerupai manusia. Ia sudah tidak bernyawa ketika dikerumuni orang ramai," ujarnya.
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kepala anak lembu itu seakan kepala manusia dengan lidahnya terjulur keluar.
Difahamkan, anak lembu itu mati ketika ia dilahirkan.
Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Gorontalo, AKBP Wahyu Tri
Cahyono mengesahkan bangkai haiwan itu telah ditanam kerana ia mula
membusuk.
"Apa yang menghairankan, mata anak lembu itu juga berada pada bahagian
depan dan turut mempunyai kening. Ia mempunyai otot dan tulang
punggungnya seperti tulang pinggul bayi yang berumur antara satu hingga
dua minggu.
"Walaupun sudah mati selama dua hari, bangkainya tidak keras atau berbau," jelasnya. - Detik.com
apa nak heran, dah ramai manusia termasuk manusia ISLAM yang dah jadi LEMBU !
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete