Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa tidak ada individu berani
dalam badan kehakiman untuk mendengar hujahnya mengenai dakwaan bahawa
peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar RM9.5 juta untuk
mendapatkan sabitan bersalah terhadapnya.
"Ini penting bagi kes ini, kenapa tidak ada sesiapa dapat melihat ini dan ia (isu atau tuduhan) tidak dijawab?
"Kenapa bukti ini tidak dapat dikemukakan dan dijawab," katanya di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak cubaannya untuk mengketepikan
sabitan dan hukumannya.
Menjawab soalan seorang wartawan kemudiannya, bekas pemimpin
pembangkang yang dipenjarakan itu berkata beliau tidak terkejut dengan
keputusan mahkamah hari ini tetapi berasa kecewa.
"Saya masih berharap ada jalan di mana ada seorang hakim yang berani
dan penuh keyakinan. Jika tidak, kita tunggu PRU14," katanya.
Walaupun keputusan hari ini adalah berhubung permohonannya yang
mendakwa berlaku penipuan berkaitan bukti dalam sabitan kes liwat II ,
Anwar juga memfailkan permohonan untuk mengketepikan hukuman dan
sabitannya berdasarkan tuduhan bayaran RM9.5 juta itu.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee telah menerima
bayaran dalam dua transaksi iaitu pada 11 Sept 2013 dan 17 Februari 2014
daripada akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Putrajaya pada tahun 2013 melantik Shafee sebagai pendakwa dalam kes
Liwat II membabitkan Anwar apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar, dan menjatuhkan hukuman lima tahun
penjara.
Mahkamah Persekutuan pula pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan
bersalah terhadap Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd
Saiful Bukhari Azlan.
Shafee telah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSedih dengan apa yang berlaku. Namun kita berharap Allah menyebelahi mereka yang benar dan memberi peringatan kepada mereka yang bersalah dan bersubahat.
ReplyDeleteDunia akhir zaman ..