Pengerusi PH itu berkata, kenaikan gaji minimum itu
akan membebankan majikan dan menimbulkan kesan rantaian kepada kos
pembekalan, pengeluran serta perkhidmatan.
VIDEO INSIDE
PETALING
JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pelaksanaan dasar gaji
minimum akan menjejaskan peniaga kecil dan akhirnya menyebabkan kadar
pengangguran meningkat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulangi pendiriannya sebelum ini yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minimum.
“Kalau gaji minimum dinaikkan sementara peniaga besar dapat
memperbetulkan cara pengeluaran mereka supaya lebih efisien, tetapi bagi
peniaga kecil, kedai tomyam, kedai memperbaiki basikal dan sebagainya,
mereka tidak dapat meningkatkan gaji pekerja-pekerja mereka.
“Mungkin mereka terpaksa tutup perniagaan, jika mereka tutup
perniagaan, sebaliknya mereka tidak lagi dapat pendapatan (dan akan)
berlaku pengangguran di kalangan pekerja-pekerja mereka,” katanya
menerusi Policy Talk mengenai kos sara hidup yang disiarkan secara
langsung di Facebooknya hari ini.
Dasar gaji minimum mula dilaksanakan pada 2012 bagi sektor swasta
sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala
Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.
Susulan itu, gaji minimum dikaji semula menerusi Perintah Gaji
Minimum 2016 yang dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016 ke atas semua
majikan tanpa mengira bilangan pekerja.
Melalui Perintah Gaji Minimum 2016, kadar gaji minimum dinaikkan
kepada RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung dan RM920
sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan, berkuat
kuasa 1 Julai 2016.
Pada 12 Oktober lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot
Jaem dilaporkan berkata, gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia,
Sabah, Sarawak dan Labuan akan diumumkan tahun ini dalam usaha
merapatkan jurang dan menyelaras gaji minimum di sektor swasta.
Dr Mahathir pernah menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar
gaji minimum kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred
pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.
Bagaimanapun, PH mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 sebagai bajet alternatif untuk 2017.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kenaikan gaji minimum itu akan membebankan majikan.
“Gaji minima ini bukan sahaja terkena kepada yang lebih rendah
daripada gaji minima yang dinaikkan, tetapi mereka yang bergaji lebih
daripada minima perlu dinaikkan bagi menentukan jarak antara
‘supervisor’ dan pekerja dikekalkan.
“Bermakna mereka yang bertugas sebagai penyelaras-penyelaras atau pengarah mesti dinaikkan gaji mereka.”
Bekas perdana menteri itu berkata, pelaksanaan dasar itu turut akan
menimbulkan kesan rantaian kepada kos pembekalan, pengeluran dan
perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment