Kumpulan pengguna itu berkata, perkhidmatan mereka
ialah percuma, tetapi dalam sesetengah kes, perkhidmatan profesional
luar diperlukan.

Gambar Twitter.
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan
dakwaan mereka mengenakan caj ke atas mangsa ah long yang meminta
bantuan daripada organisasi itu.
PPIM menjawab dakwaan bekas pekerjanya, mereka mengenakan caj
sebanyak 10% selain caj tambahan lain terhadap mangsa ah long yang
meminta perlindungan dan bantuan menyelesaikan bayaran hutang tertunggak
dengan ah long.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyangkal dakwaan itu dan
memberitahu FMT yang PPIM tidak meminta sebarang bayaran daripada mereka
yang meminta bantuan.
“Di mana kami boleh bantu, kami bantu secara percuma. Ini termasuklah
memberi nasihat kepada orang ramai, mesyuarat dan berunding dengan
pihak berkaitan.
“Tetapi, ada perkara yang memerlukan kepakaran luar atau perkhidmatan
profesional, seperti bantuan undang-undang, perakaunan dan sebagainya.”
Katanya, perunding itu akan mengenakan caj maksimum 10% untuk
perkhidmatan profesional mereka, tetapi mangsa yang meminta bantuan PPIM
tidak wajib menggunakan perkhidmatan panel perundingnya.
“Yuran maksimum 10% dikenakan perunding kepada pelanggan. PPIM tidak terlibat mahupun mendapat keuntungan daripadanya.
“Jika seseorang mahu menggunakan perunding lain, mereka bebas berbuat
demikian. Kami masih akan memainkan peranan untuk memberi nasihat dan
menyelia secara percuma.”
Nadzim berkata, resit untuk perkhidmatan rundingan luar akan dikeluarkan perunding, bukan PPIM.
Katanya, jika panel perunding mereka didapati tidak beretika, PPIM
tidak ragu-ragu mengeluarkan mereka daripada senarai perunding.
Beliau berkata, 5 perunding sudah dikeluarkan daripada senarai itu, setakat ini.
Nadzim berkata, panel perunding luar PPIM termasuk 2 syarikat
dikenali sebagai Semboyan 1Malaysia (S1M) serta Risk Group Management
and Consultancy yang diketuai Yusuf Azmi yang juga pengarah Unit
Tindakan Khas PPIM.
“Saya tidak rasa ada konflik kepentingan dengan Yusuf menjadi
sebahagian daripada PPIM dan syarikatnya menjadi panel perunding kami
kerana tiada paksaan untuk sesiapa yang meminta bantuan kami berbincang
dengan perunding luar PPIM.”
Nadzim berkata, walaupun perunding luar tidak wajib memberi balasan
kepada PPIM, kumpulan pengguna itu akan mengutip sumbangan apabila
pihaknya memerlukan dana untuk menganjurkan program.
“Menjalankan forum dari semasa ke semasa tidak murah. Jadi, apabila
kami mahu menganjurkan acara, kami mengumpul dana dengan meminta
sumbangan daripada semua orang, daripada perunding luar kami sehinggalah
kerajaan dan sektor swasta.”
Nadzim turut menafikan Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa yang mengakui dirinya bekas pekerja PPIM.
Katanya, Syed Alwi adalah bekas pekerja Yusuf di satu daripada 2 firma perunding itu.
Dengan memetik fail sulit, Syed Alwi mendakwa ada masanya mangsa dikenakan bayaran melebihi jumlah hutang mereka dengan ah long.
Isnin lalu, Yusuf membuat laporan polis terhadap Syed Alwi dan 3 yang
lain atas dakwaan mencuri fail penting mengenai ah long dari pejabat
PPIM.
Tetapi Syed Alwi berkata fail-fail tersebut tidak hilang dan masih ada di pejabat PPI
No comments:
Post a Comment