Zhang meraung dan meratap apabila dibawa semula ke lokasi kejadian.
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang terlibat dalam kes langgar lari di
China hanya mampu meraung dan meratap menyalahkan dirinya apabila
mendapat tahu mangsa yang ditinggalkan adalah isteri dan anaknya
sendiri.
Lelaki yang dikenali sebagai Zhang dikatakan melarikan diri dari tempat
kejadian selepas melanggar sebuah skuter elektrik yang dinaiki seorang
wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah laluan gelap di Zibo,
Shandong.
Beberapa saksi yang menjumpai wanita itu dan anaknya yang cedera segera menghubungi ambulans dan polis.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal
dunia tidak lama kemudian manakala wanita itu dirawat di unit rawatan
rapi.
Zhang berjaya ditahan pada malam yang sama lalu dibawa ke hospital dan
mendapat tahu mangsa yang dilanggar adalah ahli keluarganya sendiri.
Dalam sebuah rakaman video polis, Zhang meraung dan menangis
teresak-esak apabila dibawa semula ke lokasi kejadian keesokan harinya.
Menurut Zhang dia dan isteri serta anaknya baru pulang makan malam di rumah saudara mereka.
Isteri dan anaknya pulang terlebih dahulu sementara Zhang menyusul pulang dengan memandu van sendirian.
Laporan mengatakan lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. - metro.co.uk
No comments:
Post a Comment