Kanak-kanak Rohingya belajar mengaji al-Quran di kem pelarian Hakimpara di daerah Ukhia, - Foto: AFP
DHAKA - Lebih 43,000 ibu bapa Rohingya dilaporkan hilang atau terkorban
sejak enam bulan lalu selepas gelombang keganasan baharu tercetus di
negeri Rakhine pada Ogos lalu.
Menurut laporan baharu Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia (APHR),
data tersebut diperoleh berdasarkan kaji selidik ke atas 28,300
kanak-kanak Rohingya yang kehilangan sama ada ibu atau bapa manakala
7,700 hilang kedua-duanya serentak.
"Jumlah tersebut meliputi budak Rohingya yang tidak bersama ibu bapa
mereka merentasi sempadan ke Bangladesh kerana dibunuh atau mungkin
dibunuh atau tidak diketahui," kata Pengarah Penyelidikan dan Sokongan
APHR, Oren Samet.
Sehingga kini, jumlah sebenar penduduk Rohingya yang terkorban di bawah
kempen pembersihan etnik dijalankan tentera masih tidak dapat
dipastikan kerana tidak direkodkan secara rasmi.
Sementara itu, jurucakap pertubuhan bukan berasaskan keuntungan,
Fortify Rights, Matthew Smith menyatakan jumlah ibu bapa yang 'hilang'
itu jelas menunjukkan skala kekejaman yang sedang berlaku walaupun
kerajaan Myanmar berulang kali menafikannya. - time.com
No comments:
Post a Comment