Mahfuz
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dijangka
membuat pengumuman rasmi berhubung parti politik pilihannya selepas
keluar dari Pas.
Menurut sumber terdekat Mahfuz, beliau akan mengadakan sidang media
khas berhubung pendiriannya dalam politik, walaupun umum mengetahui
sokongannya terhadap Pakatan Harapan (Harapan).
“Memandangkan Mahfuz akan berada di Parlimen, kemungkinan beliau akan
buat kenyataan akhbar di Kuala Lumpur selepas tempoh bertenang 45 hari
itu berakhir. Dijangkakan sidang media khas itu diadakan dalam minggu
ini, ” katanya.
Mahfuz mengumumkan keluar Pas berkuat kuasa jam 11.59 malam pada 31
Disember 2017, setelah bersama dengan parti itu sejak 34 tahun lalu.
Beliau bagaimanapun belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik sehingga selesai tempoh bertenang.
Mahfuz sebelum ini meminta tempoh 45 hari bagi menentukan parti politik
yang bakal disertai namun tegaskan komitmen untuk bersama Harapan bagi
melakukan perubahan politik negara.
Tempoh itu akan berakhir pada 17 Mac depan.
Ramai yang meramalkan Mahfuz bakal memilih Amanah, kerana sering
menghiasi pentas ceramah parti itu sejak awal, bagaimanapun selepas
penubuhan Bersatu, Mahfuz dilihat lebih cenderung kepada aktiviti parti
diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Malah, Mahfuz melantik dua pegawai khasnya di kawasan masing-masing
mewakili Amanah dan Bersatu, menyebabkan akar umbi tertanya-tanya status
politik bekas Naib Presiden Pas itu.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment