Wednesday, March 14, 2018

11 wanita jelita maut

Sinar 13 Mac 2018

11 wanita jelita maut
Mina (kot putih) dan rakan-rakannya maut selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di Iran.
TEHERAN - IRAN. Sebuah pesawat persendirian Turki yang membawa 11 penumpang, kesemuanya wanita, terhempas di Iran kelmarin.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan maut.
Insiden tersebut berlaku semasa pesawat malang itu membawa anak perempuan ahli perniagaan dan rakan-rakannya pulang ke Turki dari satu sambutan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pihak berkuasa berkata lapan penumpang dan tiga anak kapal ditemui dalam pesawat yang terhempas di bahagian selatan Iran, semasa melakukan penerbangan dari Sharjah ke Istanbul.

Laporan media di Turki menyatakan lapan penumpang itu termasuk Mina Basaran, 28, anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, dan tujuh rakannya yang meluangkan beberapa hari di UAE bagi meraikan perkahwinannya.
Laporan-laporan tersebut, yang dipetik akhbar Hurriyet dan beberapa saluran televisyen Turki, mendedahkan pesawat privet Bombardier Challenger 604 adalah milik syarikat ayah Mina, Huseyin, iaitu Basaran Holding.

Beberapa laporan turut menyatakan sehari sebelum insiden, lapan wanita muda itu memuat naik gambar di media sosial, sambil tersenyum dan berehat di Dubai. - AFP

3 comments:

  1. Mati itu lebih baik dari hidup penuh MAKSIAT ! thanks u malaikat maut ..... untuk peringatan yg masih LIVE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MohasAnis,

      Habis kau cakap macam tu bukan maksiat? Rasulullah sendiri menghormati jenazah yahudi kau pula nak kurang ajar pada jenazah?

      Kalau mereka Islam dan pahala mereka mengatasi dosa mereka masuk syurga, sama macam kau, kalau kau tutup surat tetapi syirik kepada Allah tak bertaubat masuk neraka

      Delete
    2. Salam MohasAnis,

      Habis kau cakap macam tu bukan maksiat? Rasulullah sendiri menghormati jenazah yahudi kau pula nak kurang ajar pada jenazah?

      Kalau mereka Islam dan pahala mereka mengatasi dosa mereka masuk syurga, sama macam kau, kalau kau tutup surat tetapi syirik kepada Allah tak bertaubat masuk neraka

      Delete