Sinar 13 Mac 2018
Mina (kot putih) dan rakan-rakannya maut selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di Iran.
TEHERAN - IRAN. Sebuah pesawat persendirian Turki yang membawa 11 penumpang, kesemuanya wanita, terhempas di Iran kelmarin.
Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan maut.
Insiden tersebut berlaku semasa pesawat malang itu membawa anak
perempuan ahli perniagaan dan rakan-rakannya pulang ke Turki dari satu
sambutan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pihak berkuasa berkata lapan penumpang dan tiga anak kapal ditemui
dalam pesawat yang terhempas di bahagian selatan Iran, semasa melakukan
penerbangan dari Sharjah ke Istanbul.
Laporan media di Turki menyatakan lapan penumpang itu termasuk Mina
Basaran, 28, anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, dan tujuh
rakannya yang meluangkan beberapa hari di UAE bagi meraikan
perkahwinannya.
Laporan-laporan tersebut, yang dipetik akhbar Hurriyet dan beberapa
saluran televisyen Turki, mendedahkan pesawat privet Bombardier
Challenger 604 adalah milik syarikat ayah Mina, Huseyin, iaitu Basaran
Holding.
Beberapa laporan turut menyatakan sehari sebelum insiden, lapan wanita
muda itu memuat naik gambar di media sosial, sambil tersenyum dan
berehat di Dubai. - AFP
Mati itu lebih baik dari hidup penuh MAKSIAT ! thanks u malaikat maut ..... untuk peringatan yg masih LIVE
ReplyDeleteSalam MohasAnis,
DeleteHabis kau cakap macam tu bukan maksiat? Rasulullah sendiri menghormati jenazah yahudi kau pula nak kurang ajar pada jenazah?
Kalau mereka Islam dan pahala mereka mengatasi dosa mereka masuk syurga, sama macam kau, kalau kau tutup surat tetapi syirik kepada Allah tak bertaubat masuk neraka
Salam MohasAnis,
DeleteHabis kau cakap macam tu bukan maksiat? Rasulullah sendiri menghormati jenazah yahudi kau pula nak kurang ajar pada jenazah?
Kalau mereka Islam dan pahala mereka mengatasi dosa mereka masuk syurga, sama macam kau, kalau kau tutup surat tetapi syirik kepada Allah tak bertaubat masuk neraka