Sunday, March 18, 2018

Mari tengok empangan kami yang penuh, kata Azmin kepada menteri

Azmin berkata empangan Selangor 100% penuh dan rizab air
 meningkat dari 3% kepada 6%. (Gambar Twitter)
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengajak Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili melihat sendiri rizab air negeri, dan menuduh Putrajaya mempolitikkan gangguan bekalan air di negeri itu.

Azmin menyenaraikan 9 empangan di Selangor yang sama ada 98% atau 100% penuh, antaranya Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Klang Gate dan Sungai Langat.

Beliau turut membidas Ketua Setiausaha Datuk Seri Zaini Ujang, seterusnya mencabar penjawat awam itu untuk turun bertanding pilihan raya umum ke-14.
“Beliau ketua setiausaha tetapi bercakap seperti ahli politik. Beliau bertanggungjawab menerangkan fakta kepada rakyat,” katanya di Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Malawati malam tadi.

Azmin berkata kerana bukti menunjukkan empangan di Selangor berpada pada kapasiti 100% dan rizab bertambah daripada 3% kepada 6%.
“Dalam tempoh 2 tahun, kita mengurangkan air tidak berhasil (NRW) daripada 33% kepada 30% setelah membelanjakan wang negeri sebanyak RM500 juta bagi menggantikan paip lama,” katanya.

Azmin ketika ditemui pemberita membidas Zaini kerana mencadangkan RM17 bilion yang diperlukan bagi memuktamadkan penstrukturan bekalan air di Selangor akan ditanggung kerajaan persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Beliau berkata Zaini tidak mendedahkan ia tidak dibiayai secara percuma dan Selangor perlu menyerahkan aset air yang sama nilai kepada PAAB.
“Mencadangkan hanya kerajaan persekutuan mengeluarkan RM17 bilion dan kita tidak buat apa-apa ialah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab daripada seorang pegawai kerajaan,” katanya.

Zaini semalam berkata RM17 bilion yang akan dibelanjakan Putrajaya itu termassuk kos pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Splash).
Beliau berkata perubahan dasar kerjaan Selangor sejak 2008 memberi kesan ke atas pelaksanaan beberapa projek bekalan air berimpak tinggi sebelum penstrukturan air sempat dimuktamadkan.

Zaini berkata ini menyebabkan hak rakyat Selangor untuk menikmati akses air bersih daripada pelaburan besar kerajaan pusat dinafikan.

1 comment: