Dewan rakyat
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat kecoh selepas ahli parlimen
pembangkang tidak berpuas hati dengan tempoh dan jumlah pembahas yang
diputuskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usul
laporan akhir persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibentangkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tian Chua (PKR-Batu) dan G Manivannan (PKR-Kapar) terus berdiri serta membantah meskipun diminta duduk oleh Pandikar.
Tian Chua berkata, keputusan itu merosakkan legasi yang dibuat Pandikar bagi mewujudkan demonstrasi terbaik di dunia.
Selain itu, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) turut mencelah dengan menyifatkan BN sebagai dayus.
“Pembangkang Selangor dayus!,” katanya berulang kali.
Tidak mempedulikan provokasi dan bantahan pembangkang, Budiman Mohd
Zohdi (BN-Sungai Besar) meneruskan bahas penyokong usul laporan akhir
persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibentangkan oleh perdana
menteri.
Terdahulu, Pandikar memutuskan enam wakil kerajaan dan lima wakil pembangkang membahaskan usul tersebut dengan tempoh 10 minit. Sinar
No comments:
Post a Comment