Bermula sesi persekolahan 2019, semua kanak-kanak berusia tiga tahun di Perancis wajib bersekolah.
PARIS - PERANCIS. Presiden Emmanuel Macron, hari ini mengumumkan semua
budak berusia tiga tahun wajib bersekolah, berbanding enam tahun
sebelum ini, sebagai sebahagian rancangannya mengubah sistem pendidikan.
Langkah itu cuma memberi kesan kepada minoriti keluarga, dengan 97.6
peratus kanak-kanak Perancis sudah pun memasuki sekolah pada usia tiga
tahun, menurut data Kementerian Pendidikan.
Namun Macron menegaskan perubahan itu bertujuan memerangi ketidaksamaan
di wilayah luar dan kawasan paling miskin di tanah besar Perancis
terutamanya, yang menyaksikan semakin ramai ibu bapa memilih tidak
menghantar anak mereka ke sekolah.
“Saya harap dengan kewajipan ini, bermula awal persekolahan 2019, kita
boleh membetulkan perbezaan yang tidak boleh diterima ini,” katanya
kepada sidang yang dianjurkan untuk membincangkan pendidikan prasekolah.
Beliau berjanji prasekolah menjadi semakin baik pada masa depan dalam sistem pendidikan Perancis.
Macron, yang menamakan pendidikan sebagai antara keutamaannya, melantik
pakar psikiatri saraf, Boris Cyrulnik, untuk membantu membentuk
perubahan kepada kurikulum prasekolah dengan kerjasama Menteri
Pendidikan, Jean-Michel Blanquer. - AFP
No comments:
Post a Comment