Gambar hiasan.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Proses pemulihan bekalan air di kawasan sekitar Lembah
Klang sejak semalam berjalan lancar dan pulih secara
berperingkat-peringkat, dengan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat
masih mencatatkan kadar pemulihan yang rendah.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat jam 7
pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang
terkesan adalah sebanyak 73 peratus.
Dalam tempoh itu, peratusan pemulihan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur
dan Kuala Langat, masing-masing pada kadar 47.5 peratus, 30.4 peratus
dan 17.8 peratus.
Bagi daerah Hulu Selangor, Klang dan Gombak, peratusan pemulihan
masing-masing adalah 98.8 peratus, 85.5 peratus dan 77.8 peratus.
“Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air digerakkan secara
berterusan ke kawasan yang masih dalam proses pemulihan dan Pusat
Khidmat Setempat diaktifkan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” kata
Syabas dalam satu kenyataan.
Pelanggan boleh mendapat maklumat terkini dengan menghubungi pusat
panggilan talian 15300 atau 1800-88-5252 dan mendapatkan status terkini
mengenai gangguan bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit pintar
‘mySYABAS’, www.syabas.com.my dan Facebook Air Selangor. - Bernama
No comments:
Post a Comment