(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR- Bebanan hutang negara hampir RM900 bilion akan berjaya disusutkan sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14.
Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad menyatakan keyakinannya bahawa
sekiranya Harapan dipilih rakyat dan beliau dilantik sebagai Perdana
Menteri ada caranya untuk mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung
negara.
"Saya akan perah Jho Low dan tengok berapa banyak mereka boleh pulangkan duit kita untuk selesaikan hutang RM900 bilion tu.
"Tapi saya tak kata hasil perahan dengan jual kapal mewah Jho Low dan
berlian merah itu dapat langsaikan semua hutang negara tapi boleh la
kurangkan hutang bertimbun itu," katanya ketika berucap di majlis
kenduri dan doa selamat bersama anak kariah Kampung Baharu, di sini,
petang tadi.
Bekas Perdana Menteri keempat itu juga membidas bahawa hutang itu tidak
akan diselesaikan dalam tempoh yang singkat kerana ia membabitkan
jumlah yang besar.
"Tiga, empat generasi pun tak cukup nak bayar hutang RM900 bilion tapi
idea saya kita tangkap Jho Low perah dia kita dapat duit, kapal mewah
dia bernilai RM1 bilion.
"Bawa Jho Low ke sini kita buat acara perahan, tengok berapa banyak duit dia dah 'sauk'," tambahnya.
Beliau yakin dapat mengembalikan sebahagian duit yang diseleweng oleh
1MDB dengan syarat rakyat harus menukar kerajaan sedia ada.
Sementara itu, Mahathir menafikan keyakinan Pengerusi 1MDB, Tan Sri
Irwan Serigar bahawa syarikat pelaburan strategik itu akan ditutup
sebaik saja hutang firma itu berjaya diselesaikan.
"Saya tak rasa mereka mampu bayar, lagi 100 tahun pun belum tentu, dia
hutang RM4.2 bilion saya nak tahu dari mana dia dapat duit untuk bayar
hutang? Soal Mahathir lagi.
Negarawan itu juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak menunjukkan
bukti bahawa kapal layar The Equanimity bukan dibeli menggunakan dana
1MDB.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment