Jika menang pada pilihan raya umum ke-14, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan pungutan suara berhubung pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan HARAPAN
akan membuat keputusan berdasarkan maklum balas daripada rakyat.
"Soal itu (PPSMI) kita tanya pendapat orang ramai. Dasar itu
dimansuhkan tetapi permintaan (untuknya) cukup banyak. Ada sekolah yang
pakai bahasa Inggeris, ada yang pakai bahasa Melayu.
"Jadi apabila jadi kerajaan, kita akan adakan pungutan suara. Kita
pakai bahasa Inggeris atau bahasa Melayu (seperti) yang dikehendaki
orang ramai," katanya pada sidang media selepas program doa selamat di
Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Pada 28 Februari lalu, Mahathir yang merupakan calon perdana menteri
HARAPAN berkata kerajaan gabungan itu akan menimbang pelaksanaan semula
PPSMI jika mendapat sokongan ramai.
Ia diperkenalkan pada 2003 ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Dasar itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk parti
pembangkang dan NGO yang mengadakan demonstrasi pada 2009 yang
menyaksikan ribuan turun ke jalan raya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan akhirnya memansuhkan dasar itu pada 2012.
Ketika ditanya tentang parti dalam Pakatan Rakyat yang dahulunya
menentang PPSMI, Mahathir berkata ia antaranya kerana tiada perbincangan
dengan mereka ketika itu.
"Pada masa itu saya belum ada perbincangan. Tetapi sekarang ini kita
bersetuju agar (PPSMI) dirujuk kepada orang ramai," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment