(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran merayu yang dipohon
kerajaan negeri Selangor bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan persempadanan semula negeri
itu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Dalam penghakimannya, Raus berkata, rayuan Selangor selaku pemohon
ditolak mahkamah kerana kemungkinan untuk berjaya dalam rayuan mereka
adalah tipis jika kebenaran diberikan.
Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan SPR
mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membenarkan
permohonan kerajaan negeri menggantung sementara inkuiri tempatan di
negeri terbabit.
Terdahulu, Datuk S Ambiga yang mewakili Selangor berhujah, pihaknya
merayu untuk menggantung sementara inkuiri tempatan dan mengekalkan
status quo sehingga rayuan utama dalam permohonan semakan kehakiman
membabitkan proses persempadan semula didengar dan diputuskan mahkamah
rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching yang mewakili SPR dalam
hujah balasnya berkata, berkata suruhanjaya itu tidak boleh dihalang
daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment