Sadis. Gadis 11 tahun lahirkan anak usai diperkosa 6 lelaki
Kolase Foto TribunnewsBogor.com
Gambar hiasan
Kes perkosaan gadis di bawah umur ini menggemparkan warga India. Seorang gadis berusia 11 tahun diperkosa oleh 6 lelaki secara bergantian. Gadis malang itu diperkosa usai dirinya termakan 'perangkap' para pelaku. Dikutip dari nypost.com, awalnya mangsa akan dijanjikan wang untuk membantu keluarganya yang miskin.
Bukannya mendapat wang, malah mangsa diperkosa beramai-ramai oleh para pelaku. Keenam ditangkap minggu lalu, menurut laman web/ berita India termasuk NDTV. Identiti pelaku diantaranya Vijanand Ahir (usia tak diketahui) Vipul
Chavda, 40, Govind Sakariya, 61, Arvind Kubawat, 60, Nanji Javiya, 67
dan seorang remaja berusia 17 tahun.
Nahas usai diperkosa, mangsa melahirkan bayi dan dilakukan secara prematur. Mangsa juga terpaksa menjalani operasi cesar kerana ada masalah pada kandungannya itu. Para pelaku dipercayai menjebak mangsa dengan menawarkan pekerjaan membersihkan rumah mereka. Ketika berada di rumah, korban malah diperkosa. Usai kejadian, korban sempat menyembunyikannya kepada keluarga kerana takut Namun setelah beberapa bulan, mangsa baru berani menceritakan kejadian itu kepada ibunya. Ibu korban terkejut ketika mengetahui kalau puterinya hamil.
Seorang jurucakap polis dilaporkan mengatakan ibu muda itu dalam "kondisi stabil" setelah melahirkan. Namun sayangnya, kondisi bayinya itu mengalami beberapa masalah kesihatan. Seorang pegawai mengatakan minggu lalu yang Ayah mangsa menganggur
kerana kesihatan yang buruk dan ibunya bekerja sebagai pembantu rumah . “Dia dipujuk oleh mereka dengan tawaran wang. Masalahnya terungkap setelah dia ditemui hamil delapan bulan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment