Sitarunnisah
(tengah) bersama jentera Harapan Parlimen Rompin dan warga Felda
Selancar 1 yang hadir menyambut kehadiran mereka untuk menubuhkan Bilik
Gerakan Harapan di Felda berkenaan.
(Ubah saiz teks)
MUADZAM SHAH - Jika ada pihak yang mendakwa warga Felda masih tidak
memiliki kesedaran bagi melakukan perubahan, persepsi itu adalah tidak
benar sama sekali.
Penyelaras Parlimen Rompin, Sitarunnisa Abdul Kadir berkata, ini
terbukti apabila jentera Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Rompin
menembusi Felda Selancar 1 dan mendapat sambutan luar biasa daripada
peneroka serta generasi kedua Felda terbabit.
Menurutnya, beliau percaya kehadiran penduduk Felda itu sekali gus
menzahirkan sokongan kepada Harapan adalah atas dasar kesedaran mereka
terhadap pelbagai isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
“Siapa kata warga Felda tiada kesedaran? Saya sendiri terkejut melihat
sambutan dan sokongan yang diberikan peneroka serta generasi kedua Felda
Selancar 1 ini.
“Pada asalnya saya ke sana (semalam) untuk meninjau lokasi yang sesuai
bagi mendirikan Bilik Gerakan Harapan, namun bertukar menjadi program
sembang santai bersama mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini,
hari ini.
Turut hadir dalam program itu, Penyelaras Dun Muadzam Shah, Osman A
Bakar dan Penyelaras Dun Bukit Ibam, Zulkurnain Mohamad Ridzuan,
masing-masing-masing daripada Parti Bersatu Rompin.
Sitarunnisa berkata, pertemuan yang turut diadakan sesi dialog itu adalah suatu yang tidak dirancang.
“Melihat kepada reaksi peneroka di sini, kita yakin pada PRU14 warga
Felda akan bangkit dan melakukan perubahan dengan memberikan sokongan
Harapan,” katanya.
#prusinar #aparakyatmahu
Sinar
No comments:
Post a Comment