Yusof tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan pengunduran dirinya daripada perjuangan bersama PPIM.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi secara rasmi meninggalkan PPIM apabila
mengambil keputusan mengundurkan diri daripada perjuangan bersama NGO
itu setelah lapan tahun berkhidmat.
Pengumuman itu dibuat oleh Yusof sendiri disaksikan Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nazim Johan menerusi satu sidang media khas berlangsung hari ini.
Yusof dalam sidang media berkenaan melahirkan rasa kecewa dan terkilan
terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini sehingga mencemarkan nama
baik PPIM.
Menurutnya, dia rasa dikhianati kerana difitnah oleh pihak yang selama ini diberi pertolongan dengan ikhlas.
“Saya buat keputusan untuk tidak lagi bersama PPIM. Saya hanya akan
memenuhi jemputan untuk ceramah dan sebagainya tetapi tidak untuk
sebarang kes-kes aduan seperti yang saya lakukan selama ini. Saya tidak
mampu untuk teruskan perjuangan dengan PPIM adalah kerana pengkhianatan
yang berlaku.
“Saya mahu teruskan kehidupan seperti biasa fokus dengan perniagaan,
serta meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Saya sudah ada
perancangan untuk beri makan kucing. Bina penempatan untuk bela nasib
kucing-kucing terbiar. Sekurang-kurangnya saya tahu kucing-kucing ini
tidak akan gigit saya balik,” katanya.

Yusof turut menafikan mendapat tekanan politik yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk mengundur diri.
Sebaliknya ia lebih kepada rasa kecewa terhadap pihak yang selama ini dianggap seperti keluarga sendiri.
“Saya beri pinjam pada pengadu saya ingat sudah lebih pada juta dan
tidak pernah kita minta balik bagi pinjam RM3,000, RM5,000, RM10,000
bila kira-kira balik dah juta. Kita tidak harap apa-apapun tapi
janganlah gigit dan bunuh saya balik,” katanya.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, dia sudah memaafkan empat individu yang
sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang ketika pengurusan
kes-kes ah long yang dikendalikannya.
“Saya berpegang begini, walaupun dalam keadaan kita teraniaya, jangan
kita berlebih-lebih. Mereka bersalah, tetapi takkan lah saya nak buat
sehingga mereka dipenjarakan.. saya bukan jenis manusia begitu. Saya
sudah maafkan mereka. Mereka juga sudah hentikan perkara-perkara ini,”
katanya.
Sementara itu, Nazim berkata, keputusan yang dibuat Yusof telah
dibincangkan dan PPIM sedia menerima keputusan itu bagi menghormati
permintaan Yusof.
“Yusof seorang budak yang degil. Macam mana dia degil untuk bantu orang
lain walaupun dia sendiri terpaksa susah. Saya sudah pujuk pun dia
tidak mahu. Namun PPIM sentiasa terbuka menerima Yusof sekiranya dia
berubah fikiran nanti,” katanya
Sumber: Sinar/Youtube
Sumber: Sinar/Youtube
No comments:
Post a Comment