GEORGE TOWN: Selepas satu klip video seorang wanita yang mengkritik
kerajaan Pulau Pinang tular, DAP sekali lagi diserang dengan satu laman
propaganda baru khusus untuk projek terowong dasar laut yang menjadi
kontroversi.
Menggunakan alamat sama seperti nama media sosial Ketua Menteri Lim
Guan Eng, laman itu memaparkan gambar beliau dan pelbagai infografik.
Pengunjung juga boleh muat turun satu klip video berlatarkan lagu tema
drama bersiri popular Amerika Syarikat, House of Card, dan huraian dalam
Bahasa Melayu.
Antara lain ia mendakwa RM11.2 bilion “wang rakyat” serta tanah kerajaan digunakan untuk projek terowong itu.
“Skandal terowong dasar laut Pulau Pinang ialah satu komplot rasuah
dan salah guna kuasa melibatkan RM11.2 bilion aset dan tanah di Pulau
Pinang oleh sekumpulan pemimpin DAP yang tahu mereka tidak akan kekal
lama di atas,” kata pengisah.
“Sogokan juga diberikan kepada ahli politik dan penjawat awam,
manakala pemilik tanah pula memegang ‘share’ sebagai proksi kepimpinan
kerajaan negeri,” tambahnya.
Pengisah berkata angka RM11.2 bilion itu diagak dengan menambahkan
kos projek perhubungan jalan raya Pan Island 1 bernilai RM7.5 bilion,
tanah seluas 50 ekar di Tanjung Pinang pada harga yang dilambungkan ke
RM3 bilion, projek lebuhraya 8 laluan bernilai RM400 juta dan projek
Gurney Wharf bernilai RM300 juta.
“Persoalannya: Selepas RM11.2 bilion dibiayai oleh wang rakyat, apa
faedahnya untuk rakyat Pulau Pinang? Sifar! Tiada terowong mahu pun
jalan yang dijanjikan setelah 5 tahun projek dimeterai. Apa yang telah
berjalan hanyalah kajian kebolehlaksanaan yang berharga RM305 juta,”
katanya.
“Sebelum ini kita dikejutkan dengan skandal banglo dan projek
perumahan Taman Manggis, kini terowong RM11.2 bilion pula,” katanya,
merujuk kepada kes pembelian sebuah banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan
Eng di mahkamah dan penjualan tanah Taman Manggis milik kerajaan negeri
kepada sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta pada 2010.
“Selamat datang ke era skandal raksasa kerajaan DAP,” tambahnya.
Video berakhir dengan mengajak penonton mengunjungi cmlimguaneng.com, yang nama sama dengan alamat blog Lim, limguaneng.com.
Laman didaftarkan di Panama
Laman baharu itu mengandungi penjelasan panjang mengenai “skandal terowong”.
Laman mikro didalamnya, beralamat banglo.cmlimguaneng.com, memaparkan kronologi pembelian banglo di Jalan Pinhorn oleh Lim yang menjadi liputan media pada 2016.
Satu tayangan slaid futuristik mendakwa pembelian banglo dan
penjualan tanah Taman Manggis itu ada kaitan dipampangkan di laman itu.
Satu video menjanjikan penjelasan mengenai isu banglo itu dalam masa 90
saat boleh dilihat di bawah laman itu.
Nombor telefon bimbit WhatsApp sahaja yang nampak seperti didaftarkan
di United Kingdom juga disertakan bagi mereka yang mahukan “pendedahan
terkini”.
Pemeriksaan oleh FMT mendapati laman itu didaftarkan di Panama oleh satu pandaftar nama domain “namecheap.com”.
Pejabat Lim sudah dihubungi untuk mendaptkan komen.
Projek terowong dasar laut sekali lagi diteliti Barisan Nasional (BN)
susulan siasatan terbaharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bulan lepas.
Terowong 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town
dan Bagan Ajam di Butterworth. Ia dijadualkan bermula pada 2023.
Tiga jalan utama itu daripada Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong
Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan simpang Jalan
Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).
tuduhan terhadapnya disangkal dan merancang untuk menyaman mereka yang memburukkan namanya.
Video
tuduhan terhadapnya disangkal dan merancang untuk menyaman mereka yang memburukkan namanya.
Video
No comments:
Post a Comment