Monday, May 7, 2018

Ahli DAP Aziz Bari nafi akan dilantik MB Perak

7/5/18Calon DAP di kerusi DUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak tahu rancangan menjadikannya menteri besar Perak, jika PH menang di negeri itu.

Beliau ketika dihubungi FMT berkata, dakwaan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad itu tidak logik kerana rundingan antara parti komponen PH mengenai calon menteri besar hanya akan dilakukan selepas PRU14.

"Jika DAP berbuat demikian, ia sama dengan mengambil tindakan terburu-buru."
Beliau enggan mengulas dakwaan Amran berhubung tindakannya menggelar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sebagai penyangak, pembuli dan samseng.

Mengenai salinan emel ditunjukkan Amran yang didakwa daripada Aziz, katanya: "Saya tidak komen mengenai dakwaan."
Beliau turut "kasihan" dengan Amran yang kini menjadi jentera "propaganda BN" untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada DAP.
FMT

No comments:

Post a Comment