Friday, May 11, 2018

BN Perak umum akan tubuh k'jaan negeri...Kerjasama dengan PAS ?

 
   
BN malam ini mengumumkan berjaya memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengarah komunikasi menteri besar sementara Nizam Isa berkata BN Perak akan berjumpa dengan Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.
"Saya ingin mengumumkan bahawa BN sudah memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

"Kami akan memohon untuk mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah untuk memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak," katanya dalam sidang media di Impiana Hotel, Ipoh.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak.
Beberapa jam lalu, PAS Perak mengadakan mesyuarat di Hotel Impiana, Ipoh bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan negeri Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata syarat utama bekerjasama dengan PAS adalah parti sekutu tidak menentang atau menafikan perjuangan PAS berhubung isu Islam.

Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad juga dilihat hadir di hotel itu untuk berbincang dengan PAS.
Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.

HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmake

No comments:

Post a Comment