Friday, May 11, 2018

Suatu yang malang buat Sabah

Suatu yang malang buat Sabah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media khas malam ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - "Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang".
Demikian reaksi Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai situasi yang berlaku di Sabah ketika proses pengiraan undi.

Sambil menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak efisien, beliau melahirkan rasa kasihan terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya kasihan pada Sabah. Mohd Shafie banyak pengaruh. Tindakan (pengiraan semula) untuk halang (Warisan) Shafie mentadbir," katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya Khamis malam setelah selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, malam tadi.

Sejam selepas Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis mengangkat sumpah melibatkan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Tan Sri Musa Aman. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment