(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pemberian bonus
Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini akan
diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok.
“Itu (bonus raya penjawat awam) mungkin diumumkan oleh PM esok...lebih
baik tunggu keputusan esok,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di
Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini, hari ini.
Dr Mahathir dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet esok.
Semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memberikan bonus kepada
penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri tetapi belum menetapkan
bayarannya.
Sambutan Hari Wesak di tokong itu disertai lebih 5,000 penganut Buddha. - Bernama
No comments:
Post a Comment