(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja di firma guaman Tommy Thomas
berkongsi cerita bagi mendedahkan siapa sebenarnya individu yang baharu
dilantik sebagai Peguam Negara itu.
Ashikin Rahim yang berkongsi di laman Facebooknya berkata, perkongsian
cerita itu dibuat kerana mahu menceritakan siapa sebenarnya TT, gelaran
yang diberikan kepada Thomas, berbanding menilainya berdasarkan agama
atau penulisan yang dianggap berat sebelah sebelum ini.
Memulakan cerita, Ashikin berkata, dia menyertai firma guaman pada 2009
dan ketika itu dia tidak tahu firma tersebut milik Thomas.
“Saya ingatkan dia Cina. Jadi anda dapat bayangkan macam mana saya terkejut ketika melangkah masuk ke bilik mesyuarat.
“Saya memohon kerja sebab kebanyakan senior saya beritahu bahawa dia
merupakan pengamal litigasi terbaik dalam negara. Jadi bermula daripada
itu saya bersemangat untuk litigasi ini,” tulisnya hari ini.
Menurutnya, ketegasan Thomas dapat dilihat di mana beliau tidak akan
membiarkan telefonnya berbunyi tiga kali dan beliau akan sentiasa
memberi perkembangan kepada pelanggan sebelum kes mahkamah dijadualkan.
Katanya, Thomas juga merupakan seorang yang tegas, berprinsip, menepati
masa, pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap pekerja bawahannya.
“Secara peribadi beliau merupakan bos terbaik sepanjang saya bekerja di
lima firma guaman sebelum itu. Dia tidak hirau mengeluarkan duit buat
pekerjanya. Dia selalu beli makanan buat kami di tempat mahal. Membawa
kami bercuti dan memberikan wang saku, duit raya dan duit dapat anak.
“Saya juga dapat duit untuk majlis perkahwinan. Dapat bonus di tahun
terakhir walaupun saya akan berhenti pada April untuk memberi tumpuan
kepada bayi yang baru lahir,” katanya.
Ashikin berkata, Thomas bukanlah seorang peguam yang mengejar
keuntungan dan kemasyhuran semata-mata malah beliau juga sanggup ‘kutip’
kes yang tidak mendatangkan keuntungan selain mengeluarkan wang sendiri
untuk membiayai anak guamnya.
“Apa yang paling penting ialah, dia pasti memberi perhatian berat
kepada litigasi kepentingan awam. Saya banyak ditugaskan untuk kes
seperti itu. Kami buatnya secara percuma.
“Kami berjuang untuk hak persatuan penduduk, negeri yang dipimpin
kerajaan pembangkang (sebelum ini) dan orang miskin yang tertindas oleh
keputusan kerajaan, orang miskin yang tertipu dalam pelaburan. TT
memberitahu seseorang perlu berjuang untuk semua itu,” katanya.
Jadi menurutnya, dia mengerti mengapa bekas majikannya itu dipilih
menjadi Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir dengan pelantikan Thomas ini
kerana tidak akan ada apa-apa yang terjejas terutamanya berkaitan Islam
di negara ini.
“Dalam hal ini, sudah pasti Peguam Negara akan terlibat dalam merangka
segala undang-undang, tetapi peranannya terhad kerana undang-undang di
negara ini mempunyai unit khas untuk menggubal Undang-Undang Syariah.
Maka itu, beliau tidak mengawal undang-undang Islam di negara ini.
“Bagi permasalahan yang tidak biasa diuruskannya, terdapat ramai pakar
dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh menasihatkannya. Bukan semua
orang tahu semua benda. Bukan sahaja kita. Perdana Menteri juga begitu,”
katanya.
Menurutnya, pada ketika ini orang ramai tidak harus mempertikaikan
terhadap apa yang sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V, memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara
“Jadi sejak kita tidak boleh membuat apa-apa yang sudah diputuskan oleh
Istana, mari kita terimanya dengan persefahaman dan minda terbuka.
Mengapa cuba menimbulkan huru-hara terhadap sesuatu yang belum terbukti
akan berlaku.
“Untuk orang Islam, ingatlah, semuanya adalah ketentuan ALLAH. Mari menjaga keamanan negara bersama-sama,” katanya.
Syabas, pemilik blog ini dan terima kasih kepada penulis artikel ini. Hidup Pakatan Harapan!
ReplyDeleteYa. Moga Pakatan Harapan perentah dgn lebih baik. Amiinnn
DeleteMengapa cuba menimbulkan huru-hara terhadap sesuatu yang belum terbukti akan berlaku.
ReplyDelete“Untuk orang Islam, ingatlah, semuanya adalah ketentuan ALLAH
Org islam selalu lupa.
Terima kasih diatas article yg sgt bagus.
ya. sama2
DeleteSaya pd mulanya pun tak berapa setuju dgn pelantijan TT sbb saya telah membaca artikel2 beliau yg sokong Bible melayu dan penggunaan perkataan Allah utk Tuhan,dibenarkan masuk ke semenanjung dan kritikan2 terhadap serbuan2 JAIS di Selangor serta pertikaian terhadap undang2 Syariah di Selangor....tp kita lihat dulu bgmana beliau melaksanakan tugasnya....
ReplyDelete