PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN)
benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Tuan Ibrahim berkata bagaimanapun parti itu berharap agar jalan
penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan
Pakatan Harapan (HARAPAN) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN).
"PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.
“Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar
Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Kali Ke-45 Tahun 2018 di
Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Bharu, hari ini.
Kerajaan minoriti
Beliau berkata konsep Kerajaan Perpaduan ini telah banyak diamalkan di negara-negara lain yang turut mengamalkan demokrasi.
Katanya langkah itu boleh diambil bagi mengelakkan pembaziran wang
jika PRN diadakan terutama selepas berlakunya pilihan raya umum ke-14
(PRU14) bulan lepas.
Selepas sebulan PRU14 berlangsung, kerajaan Kedah pimpinan HARAPAN
masih belum mengumumkan Speaker DUN kerana hanya berjaya membentuk
kerajaan minoriti di negeri tersebut.
Ia selepas HARAPAN mendapat 18 kerusi DUN manakala PAS menguasai 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN), tiga kerusi.
Keadaan itu mewujudkan keadaan yang seimbang antara kerajaan dan pembangkang kerana DUN Kedah mempunyai kerusi yang genap.
-Bernama
PRN lebih baik. Buat kerajaan perpaduan dengan pas baik tak payah. Kuat kencing.
ReplyDeleteApa kesah aku undi sekali lagi. Bahalol2 ingat rakyat nak undi mereka ni. Tambah2 jenis chief lebai kuat jilat ludah sendiri.
ReplyDelete