Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bukit Bintang
Mohd Noorhisyam Abdul Karim menafikan tuduhan mengambil wang daripada
peniaga bazar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan sedang
mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Melalui panggilan telefon kepada Malaysiakini, Mohd
Noorhisyam berkata dia hanya mengutip sewa sebanyak RM6,238 seperti yang
dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi bayaran lesen,
pembersihan dan sewa untuk lot tapak-tapak bazar berkenaan.
"Saya kutip (bayaran) cukup-cukup. Jika ada bukti saya terima duit, minta duit, kemukakan," katanya.
Mohd Noorhisyam berkata, satu-satunya bayaran lain yang dikenakan
kepada peniaga adalah yang dibayar kepada anggota exco Pemuda BERSATU
yang menyewakan kanopi.
Tambah Mohd Noorhisyam, dia tidak tahu berapa banyak bayaran dikenakan bagi kanopi berkenaan.
"Kita tak kutip duit apa-apa (bayaran lain) daripada peniaga. Kalau ada, itu bukan kita )BERSATU Bukit Bintang)," katanya.
'Mungkin peniaga keliru'
Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang itu sebelum ini didakwa mengutip
sehingga RM5,000 daripada setiap peniaga yang mahu berniaga di bazar
berkenaan.
Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan yang dibuat Malaysiakini dengan
menemui peniaga bazar di sekitar Masjid India berkata mereka membayar
sewa sekurang-kurangnya RM3,000.
Diminta mengulas dakwaan itu, Mohd Noorhisyam berkata "mungkin
peniaga keliru" bayaran bazar itu dengan bayaran membuka gerai di pasar
malam pada hari Sabtu di kawasan sama.
"Seorang peniaga memberitahu saya dia terpaksa bayar RM2,500 hanya
untuk berniaga dua kali Sabtu (dua minggu, untuk setiap hari Sabtu) di
pasar malam itu.
"Saya takut perkara ini dikaitkan dengan tapak saya. Saya harap benda ini tak berlaku," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Noorhisyam berkata dia hanya mahu membantu
peniaga yang tidak dapat menyewa bazar daripada DBKL sempena Aidilfitri.
"Saya terkilan apabila saya cuma nak bantu tapi ini yang terjadi," katanya.
Dia turut menjelaskan bahawa walaupun DBKL meluluskan 80 tapak
untuknya namun jumlah sebenar yang diberikan hanya cukup untuk 52 tapak.
Tambahnya lagi, dia telah mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi
mendapatkan tapak bazar berkenaan dan mendakwa Anggota Parlimen Bukit
Bintang Fong Kui Lun juga meluluskan senarai peniaga yang layak berniaga
dalam sebuah mesyuarat.
Dalam mesyuarat itu, katanya, dia diiringi Ketua Penerangan BERSATU Bukit Bintang Azrul Feisal Abdullah.
Fong mengesahkan perkara ini ketika dihubungi namun berkata senarai
berkenaan untuk peniaga yang tidak mendapat peruntukan tapak dan
bergantung kepada kelulusan daripada DBKL.
Tidak sependapat
Kata Mohd Noorhisyam, rancangannya untuk membuka bazar Ramadan
sepanjang Jalan Masjid India diluluskan Timbalan Ketua BERSATU Bukit
Bintang Shamsul Anuar Mohd Khairi ketika mesyuarat selepas pilihan raya
umum ke-14.
Jelasnya, ketua bahagian Zailani Isausuludin tidak hadir pada
mesyuarat itu kerana sukar dihubungi melalui telefon. Shamsul Anuar
mengesahkan telah meluluskan cadangan Noorhisyam dengan syarat ia
mengikut undang-undang.
Zailani pula turut mengesahkan dia tidak menghadiri mesyuarat berkenaan kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.
Zailani bagaimanapun menegaskan bahawa kelulusan daripadanya sebagai
ketua bahagian masih diperlukan dan menafikan dakwaan dia sukar
dihubungi.
"Awak boleh hubungi saya kan?" katanya kepada Malaysiakini.
Kedua-dua pemimpin bahagian itu dilihat tidak sependapat dengan skandal yang dikaitkan dengan Mohd Noorhisyam.
Anuar mempertahankan Mohd Noorhisyam, dengan berkata tuduhan itu dan
penyebaran surat kelulusan DBKL yang diberikan kepada Noorhisyam
berkemungkinan kerja orang Umno.
"Ini merupakan fitnah jahat oleh Umno yang kalah pada pilihan raya
umum lalu. Siapa lagi yang tahu tentang duit ini selain mereka?" atanya.
Zailani bagaimanapun dilihat tidak percaya bahawa Mohd Noorhisyam tidak melakukan kesalahan.
"Bekas perdana menteri pun cakap dia duit dalam akaunnya datang dari
mana," katanya merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan
skandal 1MDB.
Tambah Zailani, perkara ini tidak akan jadi isu jika Mohd Noorhisyam tidak menggunakan nama parti dalam urusan berkenaan.
Jelasnya, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
Zailani, Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahmad dan Anggota
Parlimen Bukit Bintang masing-masing mempertimbangkan membuat laporan
kepada SPRM berhubung skandal berkenaan
I’d need to examine with you here. Which isn't something I normally do! I enjoy reading a publish that can make individuals think. Additionally, thanks for allowing me to comment! online casino games
ReplyDelete