Satu kajian oleh Universiti Harvard pada 2016
menunjukkan kerajaan dulu mungkin membelanjakan '3 ke 4 kali ganda'
harga rujukan antarabangsa untuk ubat-ubatan antara 2010 dan 2014.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan digesa menjelaskan beberapa
persoalan tentang ketidakcekapan pemerolehan ubat-ubatan yang
ditonjolkan dalam satu kajian Universiti Harvard.
Sumber menjelaskan kajian 2016 menunjukkan antara 2010 dan 2014,
kerajaan membelanjakan “3 ke 4 kali ganda” harga rujukan antarabangsa
(IRP) untuk ubat-ubatan.
Perkembangan ini menyusuli dakwaan beberapa syarikat yang dikaitkan
dengan beberapa ahli politik yang rapat dengan kerajaan dulu mempunyai
kawalan ke atas bekalan ubat-ubatan bernilai berbilion ringgit.
IRP secara meluas dianggap sebagai tanda ras harga utuk agensi
pemerolehan ubat-ubatan serata dunia. Ia dikira sebagai harga median
untuk ubat-ubatan oleh pelbgai agensi pemerolehan di negara-negara
berpendapatan rendah dan sederhana tinggi.
Dalam hal pemerolehan sektor awam, harga ubat-ubatan akan
dibandingkan dengan IRP menggunakan kaedah Sains Pengurusan Kesihatan
dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menanda aras harga-harga
pemerolehan bagi sejumlah ubat-ubatan tertentu.
Kajian Universiti Harvard itu, “Malaysia Health Systems Research
Volume I”, yang tersedia di laman sesawang Kementerian Kesihatan,
mendapati harga pemerolehan adalah 3 hingga 4 kali ganda lebih mahal
daripada IRP antara 2010 dan 2014.
Kajian mengatakan walaupun keseluruhan harga pemerolehan menurun dari
2010 hingga 2014, hanya 22% (2012) hingga 30% (2013) ubat-ubatan dibeli
bawah harga IRP.
Dalam tempoh yang sama, antara 45% (2012) dan 50% (2013) ubat-ubatan
yang dibeli adalah 2 kali ganda lebih mahal dari harga IRP. Pada 2014,
hampir 80% ubat-ubatan dibeli pada harga IRP atau kurang dari 2 kali
ganda harga IRP.
“Ubat-ubatan ini bagaimanapun mewakili hanya 55% dari perbelanjaan
keseluruhan, menunjukkan harga pemerolehan yang lebih tinggi untuk
produk-produk yang berharga tinggi tetapi dibeli dalam jumlah yang kecil
memberi kesan besar pada belanjawan untuk ubat-ubatan,” kata kajian
itu.
“Perkara yang berlaku dalam pemerolehan ubat-ubatan di sektor awam ini antara perkara yang boleh diperbaiki.”
Sumber itu berkata kajian itu menimbulkan persoalan sama ada kerajaan
dalam pentadbiran lepas membuat bayarn untuk ubat-ubatan lebih dari
sepatutnya.
“Sebagai contoh, katakan ubat berjenama ‘X’ berharga RM2 sekeping,
dan kajian itu menggambarkan pada 2010, kerajaan membayar RM8 sekeping
(4 kali ganda) dan pada 2014, membayar RM4 sekeping (2 kali ganda).
“Pokoknya, harga ubat berjenama ‘X’ yang dibeli itu, sama ada pada
2010 atau 2014 adalah 4 atau 2 kali ganda lebih mahal dari harga IRP.
Ya, terdapat pembaikan tetapi nampaknya kerajaan masih membayar lebih
dari sepatutnya.”
Sumber berkata pegawai Kementerian Kesihatan, terutama yang
berkhidmat dari 2010 hingga 2014, mesti tampil ke depan menjelaskan
mengapa ubat-ubatan dibeli pada harga yang lebih mahal dari harga IRP.
“Inilah persoalan kebertanggungjawaban dan ketelusan yang perlu dijelaskan dan disiasat pihak berkuasa.”
FMT sudah menghubungi kementerian untuk mendapatkan komennya.
No comments:
Post a Comment