SICHUAN - CHINA. Di tepi sebuah jalan di China, kelihatan seorang
lelaki berpakaian pengantin perempuan sedang duduk sambil memegang
sepana di tangan.
Poster di sebelahnya tertulis ,”Mahu berkahwin untuk selamatkan anak,
rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya
anda membantu menanggung kos rawatan anak saya”
Guo Anchuan, 45 seorang tukang kayu kini terdesak mencari wang bagi
membiayai rawatan anak perempuannya yang menghidap leukemia sejak
berumur empat tahun.
Ditanya mengapa memakai gaun pengantin perempuan, Anchuan berkata, ia untuk menarik lebih banyak perhatian.
“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya.
Menurut lelaki itu, anaknya
Guo Yuting telah menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini.
Pembedahan segera harus dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia
masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan. - SCMP
No comments:
Post a Comment