SINGAPURA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersedia untuk
menjemput pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ke Rumah Putih selepas
sidang kemuncak bersejarah di Singapura, hari ini.
Trump juga memastikan kedua-dua pemimpin bakal mengadakan beberapa
pertemuan sebagai rumusan kepada sidang kemuncak julang kali itu.
“Kita akan berjumpa lagi dan kita akan berjumpa beberapa kali,” kata
Trump selepas majlis menandatangani, bersama Jong-un di anjung tempat
pertemuan pertama mereka.
Pada masa sama, Jong-un selepas sidang kemuncak itu berkata kedua-dua negara memutuskan untuk ‘meninggalkan kisah silam’.
“Hari ini (semalam), kami mengadakan pertemuan bersejarah dan
memutuskan untuk meninggalkan kisah silam dan kami akan menandatangani
dokumen bersejarah,” katanya.
Jong-un turut berterima kasih kepada Trump kerana merealisasikan pertemuan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment