Wednesday, July 11, 2018

'Aci lut' polis, Jho Low: Buruan kini dilapor ada di China

 
   
Hartawan buruan Polis Diraja Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low kini dipercayai berada di China pula.
Memetik sumber, South China Morning Post melaporkan Low dipercayai bergerak dari Macau ke China sama ada melalui kereta atau jet peribadi.

Lokasi tepatnya sekarang masih tidak diketahui.
“Hampir, tanpa ragu, selamat untuk kata Low kini di tanah besar (China).
“Malah, mungkin itu sebabnya beliau datang ke Macau dulu,” menurut satu sumber keselamatan kepada media itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi tadi mendedahkan pihaknya menerima e-mel polis Macau dua hari lalu yang memaklumkan Low telah meninggalkan tempat itu.
Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

Low adalah individu penting dalam siasatan skandal 1MDB. Sebelum ini pihak berkuasa dilaporkan cuba mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi berkenaan namun gagal.
Bagaimanapun dengan perubahan kerajaan persekutuan usaha mengesan Low dipergiatkan.

Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli kapal layar mewah bernilai kira-kira RM1 bilion, barang kemas untuk model Australia Miranda Kerr dan rantai dengan berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa berlian itu dibeli menggunakan wang AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada kerabat diraja Saudi.

MO1 dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment