Barangan kemas dari firma Lubnan yang dihantar kepada isteri bekas
perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mungkin tertakluk kepada
rampasan jika ia belum diisytiharkan kepada Jabatan Kastam.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata demikian ketika
ditanya mengenai hantaran 44 unit barangan kemas berkenaan, yang kini
ditahan oleh polis.
"Polis belum menghubungi kami. Apa-apa barang yang belum atau tidak diisytiharkan juga boleh dirampas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Subromaniam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, yang
menimbulkan persoalan tentang bagaimana barangan kemas itu dibawa masuk
tanpa melalui pemeriksaan kastam.
"Adakah konsainan ini diisytiharkan kepada Jabatan Kastam apabila dibawa masuk ke Malaysia?
"Siapakah yang menerima barangan ini? Adakah duti kastam dibayar?
Bagaimana penghantaran barang-barang ini sampai kepada Rosmah dengan
selamat sedangkan nilai barangan kemas ini sangat besar ini?" soal Rayer
dalam satu kenyataan hari ini.
Selasa lalu, Malaysiakini melaporkan Global Royalty, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah
bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44
barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment