Sinar,15 Julai 2018
KIEV - UKRAINE. Seorang bapa di Ukraine tergamak merakamkan perbuatan
merogol bayi perempuannya berumur lapan bulan dan menjual 'bahan
pornografi' itu kepada sebuah laman web lucah di Australia.
Lelaki berusia 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu ditahan dalam satu
serbuan dilakukan pada awal pagi di kediamannya selepas mendapat
maklumat daripada pihak berkuasa di Canberra.
Semalam, dia dihukum penjara dua bulan sementara menunggu prosiding
jenayah bermula yang mana lelaki tersebut didakwa mengedarkan bahan
pornografi dan merogol budak.
Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.
Siasatan awal polis mendapati suspek memperkosa mangsa ketika mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.
"Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di
rumah atau berkebun. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara
itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes
ini," kata timbalan ketua jabatan unit polis siber Ukraine, Vitaly
Chubaevsky.
Difahamkan, lelaki tersebut adalah bekas askar dan tidak dapat bekerja
akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.
"Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Dia
menyembunyikannya di dalam bilik mangsa, namun kami berjaya
menjumpainya. Kami turut merampas komputer milik suspek," ujarnya lagi.
Jika disabit bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment