ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Seorang nabi palsu ditahan selepas dia gagal menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia.
Getayawkal Ayele didakwa cuba melakukan perbuatan itu kepada mayat
Belay Biftu dengan berbaring di atasnya dan menyeru namanya beberapa
kali.
Menurut polis, usaha lelaki itu gagal dan ia telah mencetuskan kemarahan keluarga Biftu dan mereka bertindak memukulnya.
"Dia 'diselamatkan' oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya," kata jurucakapnya.
Difahamkan, insiden itu turut dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.
Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu, Ayele bertemu
dengan keluarga Biftu dan menceritakan kisah Lazarus yang dibangkitkan
dari kubur oleh Jesus. Jadi, mereka bersetuju untuk menggali semula
kubur Biftu untuk menghidupkannya semula. - BBC
No comments:
Post a Comment