Prof Syed Farid Al-Attas berkata ahli politik yang bercakap tak berasaskan fakta membantu penularan budaya pelampau.
KUALA LUMPUR: Ahli akademi terkenal, Prof Syed Farid Al-Attas berkata
ahli politik yang bercakap tanpa fakta dan maklumat yang benar adalah
“jahat”, “bodoh” dan “sombong” dan hanya membantu penularan budaya
pelampau dan radikal.
Pensyarah di Universiti Kebangsaan Singapura itu berkata semua
golongan masyarakat harus memahami isu secara asas sebelum mengeluarkan
kenyataan dan pendapat, bagi mengelakkan diri dan orang lain menjadi
jahat, bodoh dan sombong.
“Kalau bercakap tanpa fakta dan menjadi fitnah, ia boleh diibaratkan
sebagai ‘jahat’, manakala tidak mengetahui fakta yang tepat boleh
diibaratkan sebagai ‘bodoh’ dan malu bertanya sama dengan ‘sombong’.
Semua elemen ini apabila disatukan menjadilah ‘jadong’.
“Setiap individu pasti mengetahui maklumat asas sebelum mengeluarkan
kata-kata dikhuatiri menyentuh sensitiviti pihak lain terutamanya
agama,” katanya di seminar “Ekstremis Takfiri dan Perpecahan Dalam Dunia
Islam” hari ini.
Beliau mengulas sebab-sebab ideologi pelampau dan radikal tersebar
luas di dalam dan luar negara sehingga menimbulkan ancaman yang boleh
membahayakan masyarakat.
Farid berkata setiap pendapat yang dikeluarkan tanpa memahami isu secara mendapat boleh menyinggung orang lain.
“Contohnya apabila bercakap tentang kes rogol, mangsa perempuan
sering dipersalahkan kerana faktor pemakaian. Tetapi mereka yang
mengeluarkan kata-kata itu tidak mengetahui sebab sebenar gejala itu
berlaku.
“Ia disebabkan lelaki mengasari perempuan dan kes rogol dianggap
seperti biasa dan tidak salah, namun wanita pula yang dipersalahkan,”
katanya
No comments:
Post a Comment