ULASAN | Nga Kor Ming, anggota
parlimen DAP Teluk Intan menyerlah keupayaannya sebagai timbalan speaker
walaupun beliau hanya baru beberapa hari mengendalikan dewan yang mulia
itu.
Pertama sekali bila beliau menyampaikan ucapan perdana sebagai
timbalan speaker yang dengan tegas mengingatkan anggota Dewan supaya
menghormati peraturan, berbahasa dan berkelakuan baik kerana rakyat di
luar dewan memerhati kelakuan mereka.
Penyampaian amarannya dalam bahasa Melayu yang tinggi, indah, jelas dan berhemah, terkesan bagi siapa yang mendengarnya.
Kedua beliau memuji sikap anggota parlimen Bung Moktar kerana lebih
beradab dan berhemah,bersopan ketika berucap pada sesi kali ini
berbanding dengan sidang parlimen sebelumnnya ketika berada sebagai
anggota kerajaan BN.
Katanya, sikap Bung tidak menggunakan perkataan kurang sopan ketika berucap perlu dikekalkan.
Tetapi beliau mengingatkan agar jangan hanya "hangat-hangat tahi
ayam", yang disambut dengan ketukan hangat dan ketawa oleh ahli-ahli
Dewan yang biasa dengan cara berbahas Bung Mokhtar sebelum ini.
Tenyatalah Ng mempunyai pandangan yang tajam dan bertindak dengan
perhitongan yang bijak untuk mengkondisikan pemikiran ahli Dewan tentang
kesanggupannya untuk bertindak mengendalikan mereka yang mahu
menyalahgunakan Dewan.
Dengan ini juga kita didedahkan dengan keupayaan politiknya yang
selama ini tersembunyi dan hanya diketahui oleh anggota-anggota DAP atau
rakyat yang diwakilinya.
Beliau mahu kehormatan diberikan kepada speaker dan beliau secara
halus dan bijak mengingatkan ahli Dewan bahawa beliau tahu untuk
mengendalikan mereka.
Ternyata jawatan sebagai timbalan speaker telah memberi peluang lebih
luas kepadanya untuk menyerlahkan keupayaan kepimpinannya sebagai ahli
politik dan juga profesional di mata rakyat.
Beliau berhemah, pintar, cekap dan berkualiti. Walaupun tidak
terpilih sebagai menteri, tentunya sekarang beliau lebih berterima kasih
kepada perdana menteri memberi peluang yang lebih baik untuk menjadi
lebih popular dan bagi kemantapan masa depan politiknya.
Saya percaya Nga akan berjaya meningkatkan imej Dewan ke taraf yang lebih tinggi sesuai dengan sebagai Dewan Yang Mulia.
Beliau akan lebih menyerlah nanti jika berjaya mempengerusikan dan Dewan dalam keadaan yang lebih panas dan genting.
Beliau akan lebih menyerlah nanti jika berjaya mempengerusikan dan Dewan dalam keadaan yang lebih panas dan genting.
Bagaimanapun setakat ini saya rasa beliau telah pun memberi kesan
dalam mengingatkan anggota-anggota Dewan bahwa beliau mempunyai
keupayaan untuk mengendalikan mereka secara profesional dan bukan dengan
cara politik.
Setakat ini telah nampak jelas perbezaan antara Dewan Rakyat yang
dikuasai oleh BN yang speaker terdiri dari orang parti dengan Dewan
dikendalikan oleh seorang speaker bukan dari kalangan politik dan
dibantu oleh dua orang anggota parti politik yang akan dapat memisahkan
antara kepentingan politik dan kehormatan etika dan peraturan Dewan
tanpa bias.
Maruah Dewan Rakyat akan lebih meningkat di bawah pimpinan mereka
yang jujur dan adil yang percaya kepada keterbukaan dan demokrasi yang
bersopan santun. Malaysiakini
ZAINUDIN MAIDIN ialah bekas menteri penerangan dan ketua pengarang Kumpulan Utusan.
Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment