Mengulas pemilihan PKR bulan depan, Rafizi berharap Rafizi berjaya merebut kerusi timbalan presiden, yang kini disandangoleh menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.
“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi).
“Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” katanya yang tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan presiden Umno baru-baru ini.
Baca: Nik Nazmi pemimpin pertama isytihar sokongan terbuka pada Rafizi
Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Khairy yang mengosongkan kerusi ketua Pemuda, tewas di tangan timbalan presiden Datuk Seri Zahid Hamidi.
Khairy bagaimanapun berada di kedudukan kedua meninggalkan seorang lagi calon Tengku Razaleigh Hamzah, anggota parlimen Guan Musang dan veteran Umno.
Jika Azmin mempertahankan jawatan itu, ia pasti menyaksikan pertembungan antara dua kem yang sudah beberapa tahun berbahang dalam parti.
Bagaimanapun terdapat spekulasi Azmin mungkin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden.
Azmin setakat ini belum mengisytiharkan keputusannya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment