TOKYO - JEPUN. Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur
ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta bagi mengesan
pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara
automatik supaya mereka terus sedar.
Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC
hari ini berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang
memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.
Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.
"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada
2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula
bulan ini.
Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara
automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai
pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.
"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan
terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan
bersama kedua-dua syarikat itu. - AFP
No comments:
Post a Comment