(Ubah saiz teks)
JAKARTA - Selepas pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Imam Nahrawi, jadual Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Indonesa
diteruskan dengan perjumpaan bersama Presiden, Joko Widodo.
Menteri Belia dan Sukan itu, dalam perkongsiannya hari ini berkata, apa
yang menarik dalam pertemuannya bersama dengan Jokowi adalah beliau
berpeluang menaiki kereta bersama.
Katanya, beliau dan Jokowi dalam satu kereta menuju ke Palembang untuk meninjau persiapan Sukan Asia.
"Saya bersama bapak Presiden yang juga merupakan idola saya dan idola
anak muda Malaysia dan Indonesia," kata Saddiq ketika berbual mesra
dengan Jokowi dalam kereta berkenaan.
Video perjalanan Saddiq dengan Jokowi yang berdurasi 57 saat itu dikongsi beliau di Facebooknya.
Sementara itu, ketika Saddiq meminta Jokowi menyampaikan sedikit
pesanan dalam pertemuan itu, Jokowi dalam nada tawa berkata 'Saya satu
mobil (kereta) dengan bro Saddiq'.
"Saya senang sekali ada menteri yang smart, cerdas dalam satu mobil dengan saya.
"Malaysia dan Indonesia sebagai satu saudara serumpun, marilah kita
bersama-sama bekerjasama dalam segala bidang, pelaburan, perdagangan,
hubungan tenaga kerja semua harus baik," katanya.
No comments:
Post a Comment