(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah
bersetuju tindakan kerajaan yang akan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
Veteran Umno itu menyifatkan saranan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai idea yang bagus.
Ku Li berkata, apa juga dasar boleh dikemaskini kerana tiada apa yang kekal.
[ARTIKEL BERKAITAN : Kajian semula DEB lihat keperluan, bukan bangsa]
"Saya rasa ia (DEB) idea yang bagus. Apa juga dasar boleh dikemaskini. Tiada apa yang kekal.
"Perkara itu biasa. Ini kena ikut peredaran masa. Namun ia bergantung
kepada pendekatan yang direncanakan," katanya ketika ditemui di lobi
Parlimen, hari ini.
Semalam, Azmin berkata DEB akan dikaji semula oleh kerajaan akan melihat kepada keperluan dan bukan lagi bangsa.
Katanya, langkah itu memerlukan kajian keseluruhan DEB yang telah dilaksanakan oleh Umno dan BN selama ini.
Katanya, ia bagi memastikan polisi yang dibuat mengikut permintaan dan aspirasi rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment