Sinar Harian, 25 Julai 2018
KUNINGAN - INDONESIA. Seorang lelaki di Jawa Barat menuntut penjelasan
pemerintah apabila wajahnya digunakan sebagai gambar amaran merokok pada
kotak rokok.
Dadang Mulya dari Desa Pancalang, berkata beliau kesal apabila
gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa Indonesia dan
perkara itu hanya disedarinya apabila ia mula tular di media sosial.
“Rakan-rakan dan orang kampung datang ke rumah memaklumkan perkara ini.
Wajah saya dirakam pada 2012 ketika sedang menyaksikan perlawanan bola
sepak.
“Namun, baru sekarang gambar saya muncul di beberapa kotak produk rokok terkenal,” katanya.
Susulan itu, Dadang telah membuat laporan polis kerana berasa malu dan terhina akibat perbuatan berkenaan.
Pada 2013, Presiden Indonesia menandatangani peraturan yang memerlukan
kotak rokok menggunakan imej amaran dan bahayanya merokok serta
mengharamkan penggunaan istilah ‘sederhana’ atau ‘ringan’ berhubung
produk tembakau.
Ia bagaimanapun mendapat tentangan dari kumpulan peladang dan syarikat tembakau. - Sindonews
No comments:
Post a Comment