Wednesday, July 25, 2018

Lima juta kubik meter air melimpah

Sinar, 24 Julai 2018

Lima juta kubik meter air melimpah
Sebahagian penduduk yang diselamatkan dalam kejadian itu.
VIENTIANE - LAOS. Ratusan dilaporkan hilang dan jumlah mereka yang terkorban tidak dapat dipastikan selepas empangan kuasa hidro di tenggara Laos runtuh, menurut media tempatan, hari ini.

Insiden itu berlaku di wilayah Attapeu, lewat semalam menyebabkan lima juta kubik meter air atau bersamaan lebih dua juta kolam renang Olimpik melimpah.
"Lebih 1,300 keluarga hilang tempat tinggal. Kejadian itu mengakibatkan banjir kilat menjejaskan hampir 7,000 penduduk di enam perkampungan," menurut laporan Agensi Berita Laos.

Pasukan penyelamat turut menggunakan bot untuk memindahkan mangsa di daerah San Sai selepas paras air meningkat.
Hampir 24 jam selepas kejadian empangan runtuh itu, pihak berkuasa kini bergelut untuk mengukur tahap bencana terbabit.

"Kami tidak mempunyai maklumat rasmi tentang jumlah kematian atau jumlah mereka yang hilang. Kami telah menghantar pasukan penyelamat untuk memberikan bantuan asas terlebih dahulu," kata pegawai di wilayah Attapeu yang memaklumkan tiada isyarat telefon di wilayah ditenggelami banjir tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment